Peraduan Foto Esei Orang Asli/Asal | Orang Asli/Asal Photo Essay Competition

July 16, 2023
Event Details

17 July - 13 August 2023

Deskripsi

Seiring dengan Hari Orang Asli/Asal Sedunia dan Kebangsaan 2023, kami menjemput semua individu untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan menghantar siri foto yang menarik dan bermakna disertai dengan naratif ringkas yang menggambarkan kehidupan, budaya, cabaran, dan aspirasi komuniti Orang Asli/Asal. Melalui pertandingan ini, kami bukan hanya ingin menghormati Orang Asli/Asal tetapi juga ingin menonjolkan warisan, identiti, dan sumbangan yang tidak ternilai daripada komuniti Orang Asli/Asal kepada kepelbagaian Malaysia. Dengan memperlihatkan cerita dan pengalaman mereka, kita dapat membina pemahaman dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap komuniti Orang Asli/Asal di negara kita. 

Tema

Melintas zaman: Orang Asli/Asal dalam Membentuk Masa Lalu, Kini dan Depan Malaysia

Garis Masa

17 Julai – 13 Ogos: Tempoh Pertandingan

19 Ogos: Pengumuman keputusan 

Kriteria Penilaian 
  1. Kesesuaian dengan tema 

    Para hakim akan menilai sejauh mana penyertaan menggambarkan intipati tema yang berkisar tentang masa lalu, kini, dan masa depan masyarakat Orang Asli/Asal di Malaysia. Para hakim akan mencari penyertaan yang berjaya menggambarkan warisan budaya, cabaran, aspirasi, dan sumbangan komuniti orang asli dengan baik dalam kaitannya dengan tema. Penyertaan tersebut perlu menunjukkan hubungan yang kukuh dengan tema utama dan menyampaikan naratif yang bermakna. 

  2. Impak visual dan cerita 

    Para hakim akan menilai daya tarikan visual keseluruhan fotografi dan menilai aspek penceritaan, dengan mempertimbangkan sejauh mana foto-foto tersebut menyampaikan cerita, emosi, dan mesej berkaitan dengan Orang Asli/Asal dan pengalaman mereka. 

  3. Keaslian dan kreativiti 

    Para hakim akan menilai keunikan dan pendekatan kreatif penyertaan. Sejauh mana peserta telah meneroka cara inovatif untuk menyampaikan pandangan mereka tentang tema. Para hakim akan mencari interpretasi segar dan asli, sudut pandang yang tidak konvensional, dan komposisi yang penuh imaginasi yang melampaui klise atau stereotaip.

Panduan Penyerahan 
  1. Penyerahan perlu dalam format digital (JPEG atau PNG). 
  2. Penyertaan perlu dihantar melalui Google Forms, bersama dengan maklumat hubungan peserta termasuk NRIC untuk pengesahan kategori penyertaan. 
  3. Untuk Terma & Syarat terperinci, sila rujuk ke bahagian bawah halaman ini untuk MUAT TURUN dokumen.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami Cik Aisyah Azmi aisyah.azmi@undp.org atau Cik Jolyn Kok jolyn.lok@undp.org 

 
Description

In conjunction with the World and National Indigenous Day 2023, we invite all individuals to participate in this competition by submitting a series of captivating and meaningful photos accompanied by a short narrative that beautifully portrays the lives, culture, challenges, and aspirations of indigenous communities. Through this competition, we want to honor the Indigenous people and highlight their heritage, identity, and invaluable contributions to the diverse tapestry of Malaysia. By showcasing their stories and experiences, we can foster a deeper understanding and appreciation for the Indigenous communities in our country.

Theme

Across Time: Indigenous People in Shaping the Past, Present, and Future of Malaysia

Winning categories
  1. Category A: Age 13-17 years old
  2. Category B: Age 18 years old and above
Timeline

17th July – 13th August: Competition Period

19th August: Announcement

Judging Criteria 
  1. Relevance to the theme

    Judges will evaluate how well the entries capture the essence of the theme, which revolves around the past, present, and future of indigenous peoples in Malaysia. Judges will look for submissions that effectively depict the cultural heritage, challenges, aspirations, and contributions of indigenous communities in relation to the theme. The entries should demonstrate a strong connection to the overarching theme and convey a meaningful narrative. 

  2. Visual and storytelling

    Judges will evaluate the overall visual appeal of the photographs and assess the storytelling aspect, considering how well the photos convey the stories, emotions, and messages related to the indigenous people and their experiences. 

  3. Originality and creativity

    Judges will evaluate the uniqueness and creative approach of the submissions. How well participants have explored innovative ways to present their perspectives on the theme. Judges will look for fresh and original interpretations, unconventional angles, and imaginative compositions that go beyond clichés or stereotypes. 

Submission guidelines
  1. Submissions should be in a digital format (JPEG or PNG). 
  2. Entries must be submitted through Google forms, along with the participant's contact information and NRIC number for category verification. 
  3. For detailed Terms & Conditions, kindly scroll to the bottom of this page to DOWNLOAD the documents.

     

If you have any further questions or concerns, please contact Ms. Aisyah Azmi at aisyah.azmi@undp.org or Ms. Jolyn Lok at jolyn.lok@undp.org.